Vacancy

SUPERVISOR

Description

Bertanggungjawab ke atas kerja-kerja penyeliaan kumpulan pekerja pembersihan, kualiti kerja pembersihan harian, menjaga perhubungan awam dan mengawal kos operasi harian. 

Bertanggungjawab ke atas kerja-kerja penyeliaan di tempat kerja pungutan sisa pepejal, mengurus kumpulan pekerja-pekerja pungutan melalui  komunikasi harian, menjaga perhubungan awam dan mengawal kos operasi harian.

Tasks & Responsibilities

1- Memberi taklimat dan arahan kerja kepada kumpulan Pekerja-pekerja Am sebelum dan selepas mereka menjalankan kerja harian.

2- Memastikan kerja-kerja harian berjalan lancar memenuhi piawaian kontrak dan mengikut jadual dan kawasan yang ditetapkan.

3- Melaksanakan kerja-kerja pemeriksaan dan penyeliaan harian ke atas kawasan kerja semalam dan esok dan membuat laporan awal.

4- Menentu dan nilai tahap prestasi kerja bagi pekerja-pekerja di bawah seliaan dan mengawal/ memenuhi Petunjuk Aras Utama.

5- Menyediakan laporan harian kerja-kerja kebersihan berjadual, permasalahan setempat dan memaklumkan kepada Pegawai Atasan/ENVIKP/SWCORP.

6- Menyediakan laporan tuntuan kerja lebih masa, cuti, dan keperluan pekerja-pekerja di bawah seliaan.

7- Menyusun atur perjadualan kerja tambahan (lebih masa) bagi pekerja-pekerja setelah mendapat kelulusan dari pihak Atasan dan memastikan pekerja dan peralatan kerja harian mencukupi setiap masa.

8- Membincang isu berbangkit, permasalahan dan memberi cadangan cara penyelesaian bagi kawasan (pekerja) yang terbabit.

9- Memastikan kenderaan, kontraktor dan pekerja dalam memenuhi Ketidakpatuhan perjanjian Konsesi.

10- Menyusun jadual kerja pembersihan, sisa pukal, kebun, sampah haram beserta keperluan kenderaan dan tong.

11- Memastikan pengambilan dan penggunaan bahan gunapakai (consumable) dibuat secara efektif/optima.

12-  Memahami dan mempraktikkan bidang pengurusan dengan mengikut SOP syarikat sewajarnya.

13- Memastikan tahap disiplin yang tinggi dalam kalangan pekerja bawahan.

14- Membuat penilaian dan kajian keperluan latihan yang diperlukan untuk pekerja bawahan bagi memastikan kecekapan pekerja melaksanakan operasi harian.






Competencies

Computer Literate

Education

Certificate in any discipline and/or related

Experience

At least 1 year experience in any and /or similar role / capacity

Back to Career Opportunities